Thursday, 8 October 2015

~PERSAHABATAN KUNCI KEBAHAGIAN~

                               ~PERSAHABATAN KUNCI KEBAHAGIAN AKU~

HI SUMAAA , AKU SAYANG SANGAT FAMILY AKU , TANPA DEPA SEMUA HIDUP AKU TAKBAHAGIA!!! CEEWAHHH!!!!
KAT BAWAH NI AKU ADA SHARE SIKIT TENTANG FAMILY AKU..MALANGNYA GAMBAR AYAH AKU DAN ABANG AKU XDA DALAM FILE AKU ..BAGI AKUU BOTH OF THEM ORANG YANG SENTIASA SIBUK DENGAN TUGASAN
MAZNI SAMSUDIN NAMA DIBER .BELIAU MERUPAKAN INSAN YANG PALING AKU KAGUMI SEJAK LAHIR LAGI. BAGI AKU UMI ADALAH SEORANG IBU YANG SEMPURNA MALAH UMI MERUPAKAN SAHABAT KARIBKU. AILAH SAYANG UMI ~
 KAK MEAAA , ADIK YANG BAIK GILA DENGAN AKU , APA YANG AKU SUKA,APA YANG AKU BELI SEMUA DIA KATA KAKAK CANTIKNYA JOM KITA SHARE..PADA MASA YANG SAMA AKU DENGAN KAK MEA SUKA BERGADUH..
JOJO ADIK LAKI AKU YANG PALING BAIK DENGAN AKU , KITAORG BERDUA PALING XSUKA DUDUK ASRAMA SEBAB TAK BOLEH BERPISAH DENGAN UMI DAN ABAH..SEGALA RAHSIA  AKU, AKU SUKA CERITA KAT JOJO.
 MAK JAH ADIK YANG PALING KEPOH DALAM FAMILY LEMARZ .BILA AKU TANYA DIA KENAPA HANG KEPOH SANGAT , DIA SUKA BERGADUH DENGAN AKU .
BIG YANG PALING MANJA DALAM FAMILY AKU, MAYBE SEBAB DIA ANAK BONGSU, SO UMI N ABAH AKU SAYANG GILA KAT DIA

~ SO DISINI AKU AKAN MULAKAN DENGAN PENGANALAN ENTRY AKU TENTANG RAKAN SEBAYA. BAGI AKU RAKAN SEBAYA TU SANGAT PENTING DALAM KEHIDUPAN AKU. SO AKAN NAK SEDIKIT AHHH TENTANG RAKAN SEBAYA NI ~

   PENGENALAN


Rakan sebaya menurut kamus dewan edisi ke-4 ialah sahabat yang sama umurnya.Rakan sebaya juga ialah sahabat daripada lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama.  


           Apakah yang dimaksudkan dengan perkembangan  sosioekonomi?

       Menurut kamus pelajar edisi pertama ,perkembangan sosioemosi merupakan penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang.penguasaan kemahiran ini membolehkan murid belajar mengawal emosi,pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.perkembangan emosi dan sosial yang sihat sangat penting dalam kehidupan seseorang.aspek ini akan dipengaruhi pembelajaran kanak-kanak.perkembangan sosioemosi bermula dengan kebolehan kanak-kanak memahami dan menguruskan emosi sendiri ,diikuti dengan pencapaian emosi yang positif.keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan kanak-kanak memahami keperluan,emosi dan oandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam kehidupan masyarakat majmuk yang mesra dan harmoni  ~

~disini saya ingin kongsikan apakah peranan rakan sebaya?~
1. memberikan tunjuk ajar dalam pelajaran

      2. membimbing ke jalan yang benar
      3.berkongsi masalah dan melepaskan tekanan
i    4. bertukar- tukar maklumat dan pengalaman
v    5.melahirkan pelajar / remaja yang berdaya saingan

 

Oleh itu,apakah peranan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak?



 
 ~SEKIAN TERIMA KASIH~





13 comments:

  1. Asslammualaikum saudari,saya ingin memberi beberapa pandangan mengenai apakah peranan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak hubungan dengan rakan sebaya ini lebih kepada hubungan yang berbentuk kekeluargaan walaupun rakan rakan tersebut bukan lah ahli keluarga mereka. Orang yang paling penting dalam kehidupan kanak-kanak ialah kawan-kawannya. Rakan sebaya itu ibarat cerminan kepada diri kanak kanak. Hal ini kerana, rakan sebaya itu ternyata memberikan impak yang terbesar dalam kehidupan mereka. Ini kerana semakin kanak-kanak membesar, secara tidak langsung hubungan sosial bersama ahli keluarganya menjadi kurang penting. Kanak- kanak bergaul dengan mereka yang sebaya umur, minat dan tahap sosial. Contoh rakan sebaya ialah kawan-kawan, rakan dalam kelas dan anak-anak jiran. Peranan rakan sebaya lebih besar dalam membentuk tingkah laku individu. Walaupun pengaruh ibu bapa merupakan agen sosialisasi yang kuat, ianya akan berkurangan setelah anak-anak mereka memasuki alam persekolahan di mana mereka mula mengenali rakan-rakan baru yang sentiasa menghabiskan masa bersama-sama dan sentiasa berkongsi hal seharian, berkongsi pendapat dan sebagainya..

    Tanpa disedari, anak-anak telah mempelajari cara berinteraksi dan komunikasi dengan rakan yang mempunyai persamaan dari segi usia, pengalaman, peranan pemikiran dan sebagainya. Impaknya, anak-anak dapat mempelajari sesuatu dengan lebih efektif kerana mereka dapat menyesuaikan apa yang dipelajari berdasarkan faktor-faktor tadi.
    Jika dibandingkan dengan proses sosialisasi dalam keluarga ianya melibatkan hubungan yang tidak seimbang kerana faktor perbezaan usia, pengalaman dan peranan. Ini dapat dibuktikan apabila mereka lebih menerima dan memberi perhatian kepada setiap perbuatan dan tingkah laku rakan berbanding dengan keluarga mereka. Ini kerana mereka yakin sudah mampu mengawal hidup mereka sendiri. Contohnya, ibu bapa tidak mahu melihat anak-anak mereka berpakaian tidak sopan tetapi tidak pula pada mereka kerana mereka lebih cenderung untuk mengikut trend rakan mereka berpakaian. Di sini dapat dilihat konflik antara nilai yang diambil dari rakan sebaya dengan nilai yang sudah ada di dalam keluarga mereka. Kita tidak boleh menafikan bahawa betapa besarnya kemampuan rakan sebaya dalam mempengaruhi anak-anak daripada keluarga sendiri. Personaliti dan jati diri anak-anak akan berubah disebabkan pengaruh rakan sebaya walaupun sebelum ini mereka sudah dididik oleh keluarga.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Rakan Sebaya boleh memberi pengaruh yang positif atau kebaikan antara satu sama lain dan kadang kala boleh mempengaruhi dalam bentuk yang negatif atau kejahatan. Rakan Sebaya yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang baik akan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang lebih memberi kesan positif kepada rakan-rakan yang lain seperti terlibat dalam aktiviti kokurikulum & aktiviti meningkatkan kemahiran diri manakala rakan sebaya daripada kalangan pelajar-pelajar yang bermasalah akan memberi kesan yang sama kepada rakan-rakan yang lain.

    Ini kerana rakan sebaya yang negatif mempengaruhi rakan sebaya
    yang lain untuk bertingkah laku bertentangan dengan tuntutan agama dan norma-norma masyarakat. Nilai-nilai murni yang ditanam di kalangan pelajar sejak kanak-kanak lagi mungkin tidak mempunyai kesan yang banyak terhadap pengaruh tingkah laku sekiranya pelajar berkenaan tidak berupaya menolak pengaruh rakan sebaya. Keupayaan untuk menolak pengaruh rakan sebaya adalah satu kemahiran penting yang perlu diperolehi oleh remaja agar remaja berkenaan boleh berperilaku sejajar dengan nilai yang dianutinya.

    Rakan Sebaya bukan sahaja mempengaruhi seseorang individu secara negatif melalui pujukan dan paksaan tetapi juga secara positif dengan menberi khidmat, sokongan dan peluang untuk membincangkan pandangan-pandangan yang bertentangan. Pengaruh kuat Rakan Sebaya boleh digunakan seacara konstruktif untuk membentuk tingkah laku yang positif di kalangan mereka.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kepada saudari Qelah. Saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya mengenai forum anda. Rakan sebaya merupakan kumpulan yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka. Untuk kanak-kanak , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja. Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan. Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.Selain itu juga rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah. Hal ini kerana di sekolah, mereka mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakan sebaya dan keluarga merupakan dua dunia sosial tempat seseorang itu membeza.
      Apabila berada di rumah seseorang itu akan bergaul dengan keluarganya yang terdiri daripada
      ibu bapa dan adik beradiknya. Manakala apabila seseorang itu berada di luar rumah ia akan
      bergaul dengan rakan sebaya. Rakan sebaya ini terdiri daripada pelajar-pelajar atau remaja yang
      mempunyai umur yang hampir-hampir sama di antara satu sama lain.
      Menurut Klausmerier et. al (1975) di dalam hal-hal seperti tanggungjawab moral,
      keberanian, kejuran, kemesraan dan lain-lain "para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan
      pandangan rakan sebaya yang lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa. Faktor ini banyak
      menimbulkan pengeseran di antara para remaja dan ibu bapa. Para remaja merasakan ibu bapa
      sebagai pengongkong kebebasan diri. Ibu bapa pula berasa keliru dengan tingkahlaku dan tindak
      tanduk remaja dan sebarang usaha untuk menegakkan identiti diri dianggap sebagai menentang.
      Kekeliruan ini memburukan pengeseran dan akhirnya menimbulkan masalah. Apabila remaja
      menemui masalah seperti ini, ia memerlukan seorang sebagai tempat mengadu hal, mendapat
      panduan dan pertolongan. Kadang kala mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita
      masalah mereka dengan rakan sebaya mereka.

      Delete
    2. Rakan sebaya dan keluarga merupakan dua dunia sosial tempat seseorang itu membeza.
      Apabila berada di rumah seseorang itu akan bergaul dengan keluarganya yang terdiri daripada
      ibu bapa dan adik beradiknya. Manakala apabila seseorang itu berada di luar rumah ia akan
      bergaul dengan rakan sebaya. Rakan sebaya ini terdiri daripada pelajar-pelajar atau remaja yang
      mempunyai umur yang hampir-hampir sama di antara satu sama lain.
      Menurut Klausmerier et. al (1975) di dalam hal-hal seperti tanggungjawab moral,
      keberanian, kejuran, kemesraan dan lain-lain "para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan
      pandangan rakan sebaya yang lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa. Faktor ini banyak
      menimbulkan pengeseran di antara para remaja dan ibu bapa. Para remaja merasakan ibu bapa
      sebagai pengongkong kebebasan diri. Ibu bapa pula berasa keliru dengan tingkahlaku dan tindak
      tanduk remaja dan sebarang usaha untuk menegakkan identiti diri dianggap sebagai menentang.
      Kekeliruan ini memburukan pengeseran dan akhirnya menimbulkan masalah. Apabila remaja
      menemui masalah seperti ini, ia memerlukan seorang sebagai tempat mengadu hal, mendapat
      panduan dan pertolongan. Kadang kala mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita
      masalah mereka dengan rakan sebaya mereka.

      Delete
  5. Assalamualaikum saudari Qelah.Saya ingin berkongsikan sedikit sebanyak pendapat saya berkenaan rakan sebaya.Peranan rakan sebaya merupakan pengaruh yang amat besar terhadap perkembangan kanak-kanak.Hal ini demikian kerana pengaruh rakan sebaya mampu mempengaruhi perkembangan intelek,sahsiah,emosi dan sosial dalam diri seseorang kanak-kanak. Sebagai contoh,perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh setiap sikap dan tindakan yang dilakukan oleh rakan sebaya dalam setiap pergaulan.Apabila mereka berkawan dengan orang yang berakhlak baik maka secara tidak langsung akan mendorong mereka ke arah pembentukan sahsiah diri yang baik. Ini sahaja serba sedikit yang mampu saya ulaskan mengenai peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

    Sekian,terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum saudari Qelah.Saya ingin berkongsikan sedikit sebanyak pendapat saya berkenaan rakan sebaya.Peranan rakan sebaya merupakan pengaruh yang amat besar terhadap perkembangan kanak-kanak.Hal ini demikian kerana pengaruh rakan sebaya mampu mempengaruhi perkembangan intelek,sahsiah,emosi dan sosial dalam diri seseorang kanak-kanak. Sebagai contoh,perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh setiap sikap dan tindakan yang dilakukan oleh rakan sebaya dalam setiap pergaulan.Apabila mereka berkawan dengan orang yang berakhlak baik maka secara tidak langsung akan mendorong mereka ke arah pembentukan sahsiah diri yang baik. Ini sahaja serba sedikit yang mampu saya ulaskan mengenai peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

    Sekian,terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakan Sebaya adalah antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu kerana mereka merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam tingkah laku mereka. Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai Rakan Sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran daripada kumpulan Rakan Sebaya yang mereka ikuti kerana Rakan Sebaya dapat mencorak personaliti individu tertentu. Pakar Psikologi Barat, Carl Rogers menyatakan ada beberapa perubahan ketara kepada seorang remaja antaranya perubahan fizikal, emosi dan pemikiran. Perubahan emosi dan fikiran akan mendorong remaja memperluas dan memperbesarkan kuantiti dan jaringan rakan sosialnya. Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan segala masalah dan perasaan mereka kepada rakan Sebaya berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa yang lain. Hal ini demikian kerana Rakan Sebaya dianggap lebih memahami sikap dan perasaan mereka dan dalam masa yang sama mereka ingin membuktikan mereka boleh berdikari dan berkemampuan seperti orang dewasa.

      Oleh itu. Pendekatan logikal ialah menggunakan remaja utk mempengaruhi remaja lain. Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dapat memenuhi hasrat ini dengan sayart mereka dilatih dan diselia dengan teratur. Oleh itu, disarankan supaya pemilihan dan perkembangan latihan ahli-ahli PRS hendaklah dipantau bersama kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah dan juga ibu bapa. Pada Perhimpunan Belia 2011 di Kuching Sarawak, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyatakan bahawa kemahiran dalam bidang bimbingan dan kaunseling sangat penting bagi mengatasi pengaruh negatif Rakan Sebaya agar tidak terlibat dalam aktiviti anti-sosial.

      Delete
  7. Assalamualaikum.. Perkembangan sosioemosi merujuk kepada emos. Kanak-kanak pula merujuk kepada keupayaan seseorang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Menurut, Daniel Goleman “sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal serta ada kecederungan berbeza-beza untuk bertindak". Tambahan pula, mengikut teori perkembangan Psikososial Erik Erikson pula, teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Masa remaja atau masa adolensia merupakan masa peralihan atau masa transisi antara masa anak ke masa dewasa. Pada masa ini individu mengalami perkembangan yang pesat mencapai kematangan fisik, sosial, dan emosi. Pada masa ini dipercaya merupakan masa yang sulit, baik bagi remaja sendiri maupun bagi keluarga dan lingkungannya.
    Perubahan-perubahan fizikal yang dialami remaja juga menyebabkan adanya perubahan psikologi. Diharapkan apa yang saya ini juga dapat memberi manfaat kepada saudari Aqeelah sebagai penambah ilmu pengetahuan kita bersama..sekian terima kasih=)

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuntasnya, Rakan Sebaya memainkan peranan yang penting di dalam menentukan arah kehidupan kita. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati ketika memilih Rakan Sebaya. Bukan semua Rakan Sebaya patut dijadikan kawan kerana akan ada yang mempengaruhi ke arah kebaikan dan akan ada yang mempengaruhi ke arah kejahatan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memperhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan.” Samada berperanan sebagai seorang kawan atau pun berperanan sebagai seorang lawan, pilihlah rakan dengan bijak. Kesilapan memilih Rakan Sebaya pasti akan mengakibatkan keruntuhan akhlak, gejala sosial yang berleluasa dan kemerosotan disiplin. INGATLAH, rakan ketawa mudah dicari, rakan menangis sukar dicari...

      Delete
  9. assalamualaikum..pada pendapat saya, rakan sebaya mampu mengubah seseorang itu secara holistik. Mengapa saya berkata demikian? Hal ini kerana sepanjang proses perkembangan serta pertumbuhan anak-anak adalah masanya lebih terluang bersama-sama rakan-rakan berbanding keluarga. apabila seseorang itu bersama rakan-rakan, hampir separuh peratus interpersonal dan intrapersonal hampir sama. Hal ini disebabkan mereka lebih cenderung dalam menentukan minat yang sama dari segi hobi, makanan, style dan lain-laia. sebagai contoh, jika dperhatikan anak-anak lebih memilih untuk bersama rakan-rakannya dalam menentukan sesuatu seperti membeli belah. Bagi mereka, hanya rakan yang dapat memahami 'taste' mereka..
    saya berharap sedikit sebanyak perkongsian ini dapat membantu saudari dalam meningkatkan ilmu semasa

    ReplyDelete