Thursday, 8 October 2015

~OH ABAHKU ABUL HALIM BIN HUSSIN~

ASSALAMUALAIKUM SEMUA. DISINI AKU INGIN KONGSIKAN MENGENAI CIRI-CIRI SEORANG BAPA. SERING KITA KETAHUI BAPA MERUPAKAN KETUA DALAM SESEBUAH KELUARGA , BEGITU JUGA DENGAN AKU , AKU MEMPUNYAI SEORANG ABAH  YANG SANGAT BERTANGGUNGJAWAB, TEGAS, PENYAYANG, DAN SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF. ABUL HALIM BIN HUSSIN MERUPAKAN INSAN KEDUA YANG AKU LIHAT SELEPAS UMIKU. BELIAU BERUMUR 50 TAHUN DAN BERPEWATAKAN YANG KEMAS, ABAH MERUPAKAN INSAN YANG PALING AKU KAGUMI KERANA ABAH MEMPUNYAI TARGET DALAM HIDUP , ABAH SENTIASA MENINGATKAN AKU BAHAWA HIDUP OINI BERSUSAH DAHULU BERSENANG KEMUDIAN , ABAH SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENDAPATKAN SESUATU SEHINGGAKAN BELIAU BERJAYA DINAIKKAN PANGKAT SEBAGAI PENGETUA. ABAH TIDAK PERNAH KEDEKUT UNTUK BERKONGSI ILMU KEPADA AKU , MALAH ABAH MERUPAKAN GURU MATEMATIK DAN SAINS AKU SEJAK DI BANGKU SEKOLAH LAGI. ABAH JUGA SENTIASA MEMBERI DUIT POKET KEPADA AKU SETIAP MINGGU , ABAH SENTIASA BERKORBAN DEMI AKU DAN ADIK BERADIK AKU DALAM APA JUA SITUASI,WALAUPUN ABAH SEORANG ABAH YANG GARANG, AKU TIDAK PERNAH SESEKALI MENYESAL KERANA DENGAN WATAK GARANG ABAH ITU MEMBUATKAN AKU MENJADI ANAK YANG BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT. KAMI SEMUA SAYANG ABAH. AKU INGIN KONGSIKAN GAMBAR AYAH AKU , TAPI APAKAN DAYA LINE INTERNET KURANG MEMUASKAN..MAYBE ENTRY SETERUSNYA AKU AKAN KONGSI. SO AKU KONGSI LAH GAMBAR UMI AKU DAN ADIK-ADIK AKU DAN GAMBAR PANTAI SEBAB ABAH AKU SUKAKAN KETENANGAN



 
 
~OLEH HAL YANG DEMIKIAN APAKAH MASALAH YANG MUNGKIN DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK YANG TIDAK MEMPUNYAI HUBUNGAN PERAPATAN DENGAN BAPA?~
~TERIMA KASIH ~
 

12 comments:

  1. Asslammualaikum saudari,saya ingin memberi beberapa pandangan tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan bapanya.


    Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.

    Kesibukan bapa yang bekerja untuk menyara keluarga juga menyebabkan hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan putus’. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam saudara, terima kasih atas kesudian anda untuk memberi pandangan yang begitu bernas sekali. Saya hargai dan bersetuju atas perkongsian pandangan saudara. Namun demikian sejak kebelakangan ini , masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa acap kali didengari dari bibir ke bibir, oleh itu pihak yang bertanggungjawab perlulah memainkan peranan yang penting bagi memastikan masalah ini ditangani dengan segera. Pada pendangan saya kesibukan bapa yang bekerja bukan menjadi faktor yang menyebabkan hubungan anak dan bapa menjadi renggang, malah sebagai seorang bapa beliau perlu memikul tanggungjawab yang sewajarnya dalam mendidik anak-anak mereka. Hal ini jelaslah bahawa kesibukan bekerja bukan menjadi penghalang kepada anak anak untuk mempunyai hubungan perapatan dengan bapa. Sekian terima kasih

      Delete
  2. Assalamualaikum kepada saudari Qelah. Saya ingin berkongsikan sedikit pendapat saya mengenai blog anda. Perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak. Hubungan emosi yang berbentuk kasih-sayang ini adalah berpanjangan dan kekal sepanjang hayat. Melalui interaksi dengan ibu bapa seterusnya dengan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran, guru-guru dan masyarakat di sekeliling, gaya perapatan seseorang itu akan terbentuk. Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting, bila tiadanya hubungan perapatan anak dan bapa mereka akan berkurangnya komunikasi. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam sue.pada pendapat sayaKASIH sayang anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya untuk mereka hidup harmoni dan berkongsi rasa cinta serta belas kasihan dalam perjalanan singkat yang dinamakan kehidupan.

      Begitu indah kasih sayang Allah SWT kepada setiap hamba-Nya dengan mengurniakan insan yang setia berdamping sejak awal usia kandungan lagi. Ditetapkan untuk setiap manusia itu hidup selamat dalam rahim kira-kira sembilan bulan sepuluh hari.

      Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua-dua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” (Surah Luqman, ayat 14)
      Pada usia kandungan itu jugalah kita sebagai manusia bergantung harap kepadanya atas nama kehidupan, kerana nyawa kita bersama nyawanya dan setiap darah yang mengalir dalam tubuhnya membolehkan kita hidup selesa, selamat, tenang, harmoni dan tiada sebarang gangguan.

      Begitu mulianya pendamping setia kita iaitu ibu. Apabila menyebut mengenai erti kasih sayang seseorang ibu, maka terbayang dalam lipatan pemikiran kasih sayang yang tiada nilainya sejak kita dalam kandungan sehinggalah dewasa.

      Delete
    2. wasalam sue.pada pendapat sayaKASIH sayang anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya untuk mereka hidup harmoni dan berkongsi rasa cinta serta belas kasihan dalam perjalanan singkat yang dinamakan kehidupan.

      Begitu indah kasih sayang Allah SWT kepada setiap hamba-Nya dengan mengurniakan insan yang setia berdamping sejak awal usia kandungan lagi. Ditetapkan untuk setiap manusia itu hidup selamat dalam rahim kira-kira sembilan bulan sepuluh hari.

      Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua-dua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” (Surah Luqman, ayat 14)
      Pada usia kandungan itu jugalah kita sebagai manusia bergantung harap kepadanya atas nama kehidupan, kerana nyawa kita bersama nyawanya dan setiap darah yang mengalir dalam tubuhnya membolehkan kita hidup selesa, selamat, tenang, harmoni dan tiada sebarang gangguan.

      Begitu mulianya pendamping setia kita iaitu ibu. Apabila menyebut mengenai erti kasih sayang seseorang ibu, maka terbayang dalam lipatan pemikiran kasih sayang yang tiada nilainya sejak kita dalam kandungan sehinggalah dewasa.

      Delete
  3. Saya Azlin Bekri ingin mengongsikan pendapat tentang hubungan atau perapatan antara anak dan ibubapa mengikut kefahaman saya secara umum kerana saya tidak pernah belajar tentang Pendidikan Awal kanak-kanak sebelum ini.

    Hubungan akrab atau rapat terbentuk apabila persekitaran keluarga itu menekankan keselamatan sosial kanak-kanak. Anak yang rapat dengan kedua-dua ibubapanya merupakan satu strategi yang boleh mempertimbangan apa sahaja kemahuan anak-anak tersebut ataupun ibubapa yang rapat dengan anak akan membekalkan aspek keselamatan supaya keadaan keluarga mereka sentiasa selamat. Saya berpendapat begini kerana anak yang mempunyai perapatan dengan ibubapa, saya percaya bahawa itu adalah didikan awal yang didedahkan oleh ketua keluarga sejak mereka kecil. sebagai contoh kita dapat lihat bahawa keluarga yang mempunyai hubungan perapatan, boleh menangani masalah anak dengan baik. Manakala ibubapa yang tidak mempunyai hubungan perapatan itu dengan anak, jelas kita lihat bahawa anak-anak mereka sering takut dan merasa tidak bebas, dan kebanyakannya keluarga yang kurang perapatan ini adalah dari golongan keluarga yang berpangkat.
    Tambahan pula, dengan kurangnya perapatan dengan ibubapa, anak-anak akan mula memberontak, membuat perkara yang mereka suka, lari dari rumah dan sebagainya. Emosi mereka juga terganggu dan ini akan menyebabkan mereka menjadi pendiam, tidak aktif di sekolah, jarang berada di dalam rumah sendiri dan pembelajaran akan tereganggu.
    Oleh itu, saya syorkan bahawa hubungan perapatan antara ibubapa dan anak haruslah dijaga. Keperluan yang sangat penting dalam keluarga ialah kasih sayang antara satu dengan yang lain.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak.

      Delete
  4. assalamualaikum....saya amat senang hati untuk berkongsi pendapat saya mengenai hubungan perapatan antara anak dan ayah bersama saudari. Setelah saya menghadam hujah saudari, saya bersetuju bahawa hubungan perapatan antara anak dan ayah adalah sangat penting dalam membina institusi keluarga yang baik. Sebagaimana yang kita pelajari, menurut Ekologi Bronfenbenner dimana beliau menyatakan bahawa ibu bapa, keluarga serta jiran adalah mikrosistem yang dapat membentuk seseorang anak kecil itu. Di sini jelaslah bahawa didikan dan pengawasan seorang bapa itu sangat mempengaruhi seseorang individu dalam proses kehidupan. Jika ditelitikan, bapa ataupun ayah adalah lebih mengambil berat tentang kebajikan anak-kanak berbanding dengan ibu. tetapi sayangnya sebilangan besar bapa pada masa sekarang sedar akan kepentingan ini..
    Akhir kata, kasih sayang seorang bapa dapat membina seseorang individu yang mampu menguasai insaniah diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perapatan terbentuk sejak lahir. Interaksi dan perapatan ibu bapa dengan anak memberi kesan terhadap perkembangan emosi anak-anak itu sendiri. Tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa menjadi model kepada anak-anak dan membentuk gaya perapatan dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain.
      Ada pendapat mengatakan perapatan terbina sejak bayi berada dalam kandungan ibunya menyebabkan bakal ibu digalakkan untuk berinteraksi dan mengusap perut untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak. Apabila lahir, pelukan, usapan, belaian dan ciuman ketika menyusukan anak adalah detik permulaan bagi membina hubungan rapat antara ibu dengan anak. Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang banyak bukanlah penentu kepada perapatan. Kajian menunjukkan penggunaan masa yang berkualiti dalam hubungan lebih banyak mempengaruhi bentuk perapatan yang dibina.

      Delete
  5. Assalamualaikum..pada pandangan saya hunbungan perapatan antara anak dengan bapa tercipata jurang pemisah kerana kekangan masa yang kurang diluangkan oleh seorang bapa dengan anak. Hal ini menyebabkan anak kurang kasih sayang dan perhatian dari bapanya sendiri. Selain itu, ada pendapat mengatakan perapatan terbina sejak bayi berada dalam kandungan ibunya menyebabkan bakal ibu digalakkan untuk berinteraksi dan mengusap perut untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak. Apabila lahir, pelukan, usapan, belaian dan ciuman ketika menyusukan anak adalah detik permulaan bagi membina hubungan rapat antara ibu dengan anak. Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang banyak bukanlah penentu kepada perapatan. Kajian menunjukkan penggunaan masa yang berkualiti dalam hubungan lebih banyak mempengaruhi bentuk perapatan yang dibina terutamanya hubungan ayah dengan anaknya. itu saja dari saya sekadar perkongsian bersama. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perapatan atau pertautan ialah “...reciprocal, enduring emotional tie between an infant and a caregiver, each of whom contributes to the quality of the relationship” (Papalia et al, 2004). Hubungan emosi yang berbentuk kasih-sayang ini adalah berpanjangan dan kekal sepanjang hayat. Melalui interaksi dengan ibu bapa seterusnya dengan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran, guru-guru dan masyarakat di sekeliling, gaya perapatan seseorang itu akan terbentuk.

      Delete
  6. Abah merupakan hero sebenar kepada anak2. Lelaki pertama yang kita jatuh cinta sejak keluarnya dari perut ibu. Kesungguhannya tanpa mengenal erti penat lelah membesarkan anak2 dari kita kecil bayi sehingga keberadaan kita sekarang tidak dapat dibalas dengan wang ringgit dan harta kekayaan. Jika mereka masih hidup luangkan masa bersama mereka, gembirakan hati mereka kerna satu hari nnti kita tetap rasa menyesal jika abah sudah tiada walaupun sudah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya. Sekurang-kurangnya kita berpuas hati setelah mencuba sebaik mungkin membahagiakannya.Teriakkan kepada seluruh abah bapak-bapak seluruh dunia anda memang power you have my respect and love you guys.Semoga saya menjadi abah yang baik kepada anak2 saya. #sayangabahduniaakhirat.

    ReplyDelete