Wednesday, 21 October 2015

~JAUHILAH STRESS~



ASSALAMUALAIKUM SEMUA




ASSALAMUALAIKUM SEMUA


SEPERTI KITA TAHU STRESS NI SATU MASALAH YANG BIASA BAGI INSAN YANG BERGELAR MAHASISWA DAN MAHASISWI..OLEH ITU JOM KITA KENALI STRESS DENGAN LEBIH MENDALAM LAGI



Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai “eustress” dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai “distress.” Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu. Contohnya, ketika Alexander Graham Bell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah hilang pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkan sistem telekomunikasi pada hari ini. (Stephen C. Phillips, The Ten Laws Of Success)


APAKAH YANG BERLAKU JIKA SESEORANG ITU STRESS??????



Ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama ‘adrenaline’ kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita. Di antara perubahan-perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah kepada otak, otot dan jantung); gula, lemak dan kolesterol di dalam darah akan bertambah (untuk memberi lebihan tenaga kepada badan); pernafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan) dan begitulah seterusnya. Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Walaubagaimanapun, jika stress atau tekanan berpanjangan di dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk mengurusnya, ia akan bertukar menjadi ‘distress’ yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.











OLEH ITU, PADA PANDANGAN ANDA BAGAIMANA KEADAAN KESIHATAN MENTAL DAN KANAK KANAK PRASEKOLAH DAN SEKOLAH RENDAH  DI MALAYSIA. ADAKAH MEREKA MENGHADAPI STRESS YANG TINGGI ?




KOMEN ANDA DIALU ALUKAN

~ KECERDASAN FIZIKAL~

                                   ~ ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI~






Apakah yang dimaksudkan dengan kecerdasan emosi? Perkataan emosi sebenarnya berasal daripada bahasa Perancis, émotion, dari émouvoir yang bermaksud ‘kegembiraan’ iaitu dari bahasa Latin emovere.Menurut Oxford English Dictionary pula, emosi bermaksud setiap pergerakan atau pergolakan fikiran, perasaan, nafsu; setiap keadaan mental yang hebat atau meluap-luap.
Secara umumnya emosi bermaksud perasaan. Manusia merupakan antara hidupan yang memiliki emosi yang sangat kompleks dan halus. Emosi juga adalah adaptasi evolusi, kerana meningkatkan kemampuan organisma untuk mengalami dan mengevolusi lingkungannya dan kemudian menambah kemungkinan hidup dan beriproduksi.Manakala kecerdasan pula didefinisikan menurut Kamus Dewan edisi ketiga sebagai kesempurnaan akal untuk berfikir, memahami, mengerti dan seumpamanya.
Dari segi kontekstual, dapatlah disimpulkan bahawa kecerdasan emosi merupakan sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya memanfaatkan maklumat sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu.

  


                   Oleh itu , bahaskan pernyataan ini 'kecerdasan emosi dari sosial adalah lebih penting daripada intelek dalam dunia pekerjaan .




SEKIAN TERIMA KASIH












Thursday, 8 October 2015

~OH ABAHKU ABUL HALIM BIN HUSSIN~

ASSALAMUALAIKUM SEMUA. DISINI AKU INGIN KONGSIKAN MENGENAI CIRI-CIRI SEORANG BAPA. SERING KITA KETAHUI BAPA MERUPAKAN KETUA DALAM SESEBUAH KELUARGA , BEGITU JUGA DENGAN AKU , AKU MEMPUNYAI SEORANG ABAH  YANG SANGAT BERTANGGUNGJAWAB, TEGAS, PENYAYANG, DAN SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF. ABUL HALIM BIN HUSSIN MERUPAKAN INSAN KEDUA YANG AKU LIHAT SELEPAS UMIKU. BELIAU BERUMUR 50 TAHUN DAN BERPEWATAKAN YANG KEMAS, ABAH MERUPAKAN INSAN YANG PALING AKU KAGUMI KERANA ABAH MEMPUNYAI TARGET DALAM HIDUP , ABAH SENTIASA MENINGATKAN AKU BAHAWA HIDUP OINI BERSUSAH DAHULU BERSENANG KEMUDIAN , ABAH SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENDAPATKAN SESUATU SEHINGGAKAN BELIAU BERJAYA DINAIKKAN PANGKAT SEBAGAI PENGETUA. ABAH TIDAK PERNAH KEDEKUT UNTUK BERKONGSI ILMU KEPADA AKU , MALAH ABAH MERUPAKAN GURU MATEMATIK DAN SAINS AKU SEJAK DI BANGKU SEKOLAH LAGI. ABAH JUGA SENTIASA MEMBERI DUIT POKET KEPADA AKU SETIAP MINGGU , ABAH SENTIASA BERKORBAN DEMI AKU DAN ADIK BERADIK AKU DALAM APA JUA SITUASI,WALAUPUN ABAH SEORANG ABAH YANG GARANG, AKU TIDAK PERNAH SESEKALI MENYESAL KERANA DENGAN WATAK GARANG ABAH ITU MEMBUATKAN AKU MENJADI ANAK YANG BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT. KAMI SEMUA SAYANG ABAH. AKU INGIN KONGSIKAN GAMBAR AYAH AKU , TAPI APAKAN DAYA LINE INTERNET KURANG MEMUASKAN..MAYBE ENTRY SETERUSNYA AKU AKAN KONGSI. SO AKU KONGSI LAH GAMBAR UMI AKU DAN ADIK-ADIK AKU DAN GAMBAR PANTAI SEBAB ABAH AKU SUKAKAN KETENANGAN



 
 
~OLEH HAL YANG DEMIKIAN APAKAH MASALAH YANG MUNGKIN DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK YANG TIDAK MEMPUNYAI HUBUNGAN PERAPATAN DENGAN BAPA?~
~TERIMA KASIH ~
 

~PERSAHABATAN KUNCI KEBAHAGIAN~

                               ~PERSAHABATAN KUNCI KEBAHAGIAN AKU~

HI SUMAAA , AKU SAYANG SANGAT FAMILY AKU , TANPA DEPA SEMUA HIDUP AKU TAKBAHAGIA!!! CEEWAHHH!!!!
KAT BAWAH NI AKU ADA SHARE SIKIT TENTANG FAMILY AKU..MALANGNYA GAMBAR AYAH AKU DAN ABANG AKU XDA DALAM FILE AKU ..BAGI AKUU BOTH OF THEM ORANG YANG SENTIASA SIBUK DENGAN TUGASAN
MAZNI SAMSUDIN NAMA DIBER .BELIAU MERUPAKAN INSAN YANG PALING AKU KAGUMI SEJAK LAHIR LAGI. BAGI AKU UMI ADALAH SEORANG IBU YANG SEMPURNA MALAH UMI MERUPAKAN SAHABAT KARIBKU. AILAH SAYANG UMI ~
 KAK MEAAA , ADIK YANG BAIK GILA DENGAN AKU , APA YANG AKU SUKA,APA YANG AKU BELI SEMUA DIA KATA KAKAK CANTIKNYA JOM KITA SHARE..PADA MASA YANG SAMA AKU DENGAN KAK MEA SUKA BERGADUH..
JOJO ADIK LAKI AKU YANG PALING BAIK DENGAN AKU , KITAORG BERDUA PALING XSUKA DUDUK ASRAMA SEBAB TAK BOLEH BERPISAH DENGAN UMI DAN ABAH..SEGALA RAHSIA  AKU, AKU SUKA CERITA KAT JOJO.
 MAK JAH ADIK YANG PALING KEPOH DALAM FAMILY LEMARZ .BILA AKU TANYA DIA KENAPA HANG KEPOH SANGAT , DIA SUKA BERGADUH DENGAN AKU .
BIG YANG PALING MANJA DALAM FAMILY AKU, MAYBE SEBAB DIA ANAK BONGSU, SO UMI N ABAH AKU SAYANG GILA KAT DIA

~ SO DISINI AKU AKAN MULAKAN DENGAN PENGANALAN ENTRY AKU TENTANG RAKAN SEBAYA. BAGI AKU RAKAN SEBAYA TU SANGAT PENTING DALAM KEHIDUPAN AKU. SO AKAN NAK SEDIKIT AHHH TENTANG RAKAN SEBAYA NI ~

   PENGENALAN


Rakan sebaya menurut kamus dewan edisi ke-4 ialah sahabat yang sama umurnya.Rakan sebaya juga ialah sahabat daripada lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama.  


           Apakah yang dimaksudkan dengan perkembangan  sosioekonomi?

       Menurut kamus pelajar edisi pertama ,perkembangan sosioemosi merupakan penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang.penguasaan kemahiran ini membolehkan murid belajar mengawal emosi,pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.perkembangan emosi dan sosial yang sihat sangat penting dalam kehidupan seseorang.aspek ini akan dipengaruhi pembelajaran kanak-kanak.perkembangan sosioemosi bermula dengan kebolehan kanak-kanak memahami dan menguruskan emosi sendiri ,diikuti dengan pencapaian emosi yang positif.keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan kanak-kanak memahami keperluan,emosi dan oandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam kehidupan masyarakat majmuk yang mesra dan harmoni  ~

~disini saya ingin kongsikan apakah peranan rakan sebaya?~
1. memberikan tunjuk ajar dalam pelajaran

      2. membimbing ke jalan yang benar
      3.berkongsi masalah dan melepaskan tekanan
i    4. bertukar- tukar maklumat dan pengalaman
v    5.melahirkan pelajar / remaja yang berdaya saingan

 

Oleh itu,apakah peranan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak?



 
 ~SEKIAN TERIMA KASIH~